Friday, February 6, 2009

BALADA CINTAMU BALADA CINTAKU

love
Seorang kawan memberitahu bahawa hidup dia kesunyian... tanpa teman dan kekasih. Dia kata tak de tempat mengadu kalau apa-apa. Ada kekasih boleh jugak mengadu apa-apa masalah. Pening kepala katanya. Terpikir jugak, mungkin betul apa yang dia cakap. Selang beberapa hari, seorang lagi kawan berkata... dia bermasaalah kerana ada kekasih. Telah berkawan hampir 5 tahun. Tetapi kekasihnya tidak berminat bercerita tentang berkahwin. Bila diajukan perihal kahwin, jumpa mak ayah dan sebagainya... ada sahaja alasan yang diberi dan antara alasan yang paling utama adalah belum bersedia. Lebih baik dia tidak mempunyai kekasih. Pening kepala juga katanya. Pun terpikir jugak... betul apa yang dia cakap.

Tetapi itulah kehidupan. Adakala benda yang kita tak suka orang lain suka, benda yang kita tidak mahu orang lain mahu. Itu merupakan lumrah. Cinta itu mempunyai pelbagai pandangan dari semua orang. Ada yang suka, ada yang sedih, ada yang ketawa, ada yang melukakan, ada yang dilukakan, ada yang mengecewakan ada yang dikecewakan. Pelbagai ragam boleh dilihat. Ada yang angau, ada yang gembira, ada yang malu, namun itulah yang semua orang kejar. Menyintai dan dicintai.

Semasa bercinta semua indah. Ada yang sanggup berhabis beribu-ribu kerana cinta malah yang lebih jelik ada yang sanggup menggadai maruah kerana cinta. Itu lah penangan cinta pada seseorang. Namun demi kekasih ada yang sanggup meninggalkan keluarga, rela mati bersama orang tersayang dari cinta dihalang seperti cerita Titanic ' u jump i jump'. Memang menakjubkan, tapi adakah semua cinta itu akan kekal? atau kerana cinta itu buta orang sanggup melakukan apa sahaja untuk 'mendapat' apa yang dihajati. Kemudian pepatah 'habis madu sepah dibuang' digunakan. Mungkin....

Sebenarnya Cinta kepada Allah adalah lebih tinggi dari segala-galanya. Kemudian dia diikuti dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W. agama, ibubapa, dan keluarga. Cinta kepada kekasih adalah sementara sahaja. Tidak perlu menggadaikan apa yang dipanggil maruah dan mengorbankan harta benda kerana kelak apabila cinta tak kesampaian maka, kita juga yang akan menyesal. Hidup mesti diteruskan walaupon kita tidak mempunyai kekasih. Hari ini kita tiada kekasih, bukan selama-lamanya tiada dan hari ini ada kekasih bukan selama-lamanya ada kekasih. Ingatlah yang kekal hanya ALLAH S.W.T. dan kita sebagai hamba Nya perlu akur dan terima segala ketentuan Nya. Mungkin ada hikmah disebalik segala-galanya.......

Monday, January 5, 2009

Kehidupan Baru


Hari ini persekolahan bermula bagi negeri-negeri yang cuti umumnya pada hari Ahad. Ada yang baru bermula alam persekolahan darjah 1. Sudah tentu ramai ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan segala peralatan untuk anak-anak ke sekolah. Selain itu, ibu bapa juga bertungkus lumus menyediakan duit sebanyak mungkin untuk pembiayaan persekolahan anak-anak mereka. Maisara anak kepada rakan juga telah memulakan persekolahan darjah 1 pada tahun ini. Dah pergi sekolah dah budak ini. Mesti kakaknya Fatin sibuk menjaga adiknya disekolah. Maklumlah, kanak-kanak seperti Maisara yang baru belajar erti hidup sudah tentu mempunyai kerenah, kerana anak kecil ini baru sahaja belajar mengenai alam persekolahan. Diharap pada masa hadapan Maisara dan Fatin akan mengikuti jejak langkah kakaknya Farrah yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya berjaya menjadi orang yang berguna. Tahniah kepada Farrah, semoga kecemerlangannya berterusan hingga menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Seperti juga Maisara, Farrah dan juga Fatin, kita juga sudah tentu mempunyai pengalaman semasa memasuki alam persekolahan. Macam-macam perangai dan kerenah manusia ada di dalam kelas. Ada yang akan menangis apabila tidak nampak kelibat ibu bapa di dalam kelas, ada yang muram kerana ditinggalkan ibu bapa di dalam kelas dan ada juga yang gembira berjumpa dengan rakan-rakan baru. Mungkin kerana ayahku yang garang, aku hanya bersikap biasa sahaja apabila memasuki alam persekolahan. Aku gembira kerana berjumpa rakan-baru dan melihat kerenah mereka. Ada diantara rakan-rakanku pada yang ayahnya terpaksa menunggu selama sebulan kerana anaknya akan menangis ditinggalkan. Begitulah pengorbanan seorang ayah.


Sebelum memasuki alam persekolahan, ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan yang mana kelengkapan ini perlu disediakan dengan wang. Wang akan digunakan untuk membeli pakaian sekolah yang baru, kelengkapan sekolah seperti beg dan alat tulis, kasut dan stokin, yuran persekolahan, yuran bas sekolah dan sebagainya. Wang yang digunakan bukanlah turun dengan sendiri dari langit atau dipetik dari pokok. Wang ini adalah upah hasil dari titik peluh ibu bapa yang bersungguh-sungguh mencari rezeki menyara keluarga dan alam persekolahan anak-anak. Keikhlasan ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab untuk memberi pendidikan yang sepenuhnya kepada kita, terserlah apabila kita diberi pilihan untuk memilih sendiri jenama pakaian, kasut dan kelengkapan persekolahan kita. Ada yang memilih dengan harga yang berpatutan dan ada yang memilih jenama terkenal yang mahal harganya untuk ditunjukkan kepada rakan. Ibu bapa tidak sedikitpun membantah pilihan kita dan membayarnya dengan tersenyum walaupun ada ketikanya terasa kelat didalam hati kerana pilihan anak terlalu mahal buat dirinya. Adakah kita terpikir tentang pengorbanan itu dan adakah kita telah membalas jasa-jasa ibubapa kita?


Pada masa sekarang, kita telah mempunyai pekerjaan tetap dan mampu untuk menyara hidup kita sendiri. Ada yang telah berkeluarga dan mempunyai anak yang mungkin telah bersekolah atau baru memulakan persekolahan. Bagi mereka yang telah mempunyai anak yang telah bersekolah, mereka tentu paham keadaan yang pernah dilalui oleh ibu bapa kita suatu waktu dahulu. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita untuk menjadikan kita orang yang berguna pada masa kini, tetapi adakah kita membalasnya pada masa kini, atau kita hanya mengingati ibu bapa pada masa susah atau pada masa hari raya?. Ibu bapa tidak meminta untuk dibalas segala pengorbanannya ketika dulu, tetapi sebagai seorang anak kita harus paham tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita. Kita sepatutnya melihat keadaan ibu bapa kita sama ada makan pakainya terbela sepertimana dia menjaga makan pakai kita suatu waktu dahulu. Dia tidak meminta tetapi kita harus paham. Adakah kita bersedia untuk membayar satu ringgit sehari selama mana dia menjaga kita waktu dahulu sama ada 18 tahun atau sehingga kita keluar dari pusat pengajian tinggi? adakah kita mampu membayarnya? atau kita tidak kisah dan cuma menyesal apabila ibu bapa kita telah tiada? bagi mereka yang ibu bapanya telah tiada, berapa kerapkah kita berdoa untuknya atau sekurang-kurangnya membacakan Surah Al-Fatihah untuk mereka? Hanya kita sendiri yang mempunyai jawapannya.........

Saturday, January 3, 2009

Tahun Baru Tabiat Lama

Photobucket

Tahun baru... berubah dari 2008 kepada 2009. Bermula dari 12 tengah malam, ramai yang telah bercita-cita untuk hidup dengan azam baru. Ada yang ingin berhenti dari menghisap rokok, ada yang ingin bekerja dengan bersungguh-sungguh, ada yang ingin berhenti dari membazir dalam membeli belah, ada yang ingin berumahtangga, berjimat cermat kerana takut keadaan gawat dan bermacam-macam lagi. Tapi cuba kita renungkan sejenak, adakah tercapai azam kita pada tahun lalu?

Ada yang sudah tercapai azamnya, Alhamdulillah.... berjaya juga mereka, ada yang masih samar-samar dan ada yang azam tinggal azam. Setiap tahun azam yang baru tetapi setiap hujung tahun kebanyakan azam hanya tinggal azam. Itulah kehidupan. Apabila tidak berjaya kita memberi pelbagai alasan.Kebanyakan alasan adalah sebagai menutup kesilapan atau kegagalan kita. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita gagal dalam menyempurnakan azam tahun baru kita? atau azam tahun baru hanyalah lawak jenaka awal tahun kita?

Sebenarnya punca utama kita gagal untuk mencapai azam 'baru' adalah kerana perangai kita. Apabila perangai atau tabiat kita yang tidak selari dengan apa yang dicita-citakan, maka impian akan menjadi kenangan. Azam akan menjadi angan-angan. Kita akan menjadi mat jenin. kenapa? Marah digelar mat jenin? terpulang kepada anda, tetapi itulah hakikat. Apabila berazam hendak berhenti merokok, kenalah mengubah beberapa tabiat. Antara tabiat perokok yang perlu diubah sekiranya berazam untuk berhenti, buang tabiat risau sekiranya rokok habis. Apabila rokok anda hampir habis, jangan tergesa-gesa membeli yang baru, biarlah dia habis dalam beberapa jam atau hari. Apabila anda berjaya mengubah tabiat ini, Insya Allah azam anda akan tercapai.

Bagi yang ingin berhenti dari membazirkan wang membeli belah sepanjang tahun, ubahlah tabiat anda yang anda rasakan duit anda terlalu banyak dan perlu dihabiskan dalam masa sehari. selain itu tabiat membazir dalam hidup anda juga perlu dihentikan. Sekiranya tabiat seperti ini dapat diubah, Insya Allah anda tidak mempunyai masalah dalam mencapai azam 'tahun baru anda'