Friday, February 6, 2009

BALADA CINTAMU BALADA CINTAKU

love
Seorang kawan memberitahu bahawa hidup dia kesunyian... tanpa teman dan kekasih. Dia kata tak de tempat mengadu kalau apa-apa. Ada kekasih boleh jugak mengadu apa-apa masalah. Pening kepala katanya. Terpikir jugak, mungkin betul apa yang dia cakap. Selang beberapa hari, seorang lagi kawan berkata... dia bermasaalah kerana ada kekasih. Telah berkawan hampir 5 tahun. Tetapi kekasihnya tidak berminat bercerita tentang berkahwin. Bila diajukan perihal kahwin, jumpa mak ayah dan sebagainya... ada sahaja alasan yang diberi dan antara alasan yang paling utama adalah belum bersedia. Lebih baik dia tidak mempunyai kekasih. Pening kepala juga katanya. Pun terpikir jugak... betul apa yang dia cakap.

Tetapi itulah kehidupan. Adakala benda yang kita tak suka orang lain suka, benda yang kita tidak mahu orang lain mahu. Itu merupakan lumrah. Cinta itu mempunyai pelbagai pandangan dari semua orang. Ada yang suka, ada yang sedih, ada yang ketawa, ada yang melukakan, ada yang dilukakan, ada yang mengecewakan ada yang dikecewakan. Pelbagai ragam boleh dilihat. Ada yang angau, ada yang gembira, ada yang malu, namun itulah yang semua orang kejar. Menyintai dan dicintai.

Semasa bercinta semua indah. Ada yang sanggup berhabis beribu-ribu kerana cinta malah yang lebih jelik ada yang sanggup menggadai maruah kerana cinta. Itu lah penangan cinta pada seseorang. Namun demi kekasih ada yang sanggup meninggalkan keluarga, rela mati bersama orang tersayang dari cinta dihalang seperti cerita Titanic ' u jump i jump'. Memang menakjubkan, tapi adakah semua cinta itu akan kekal? atau kerana cinta itu buta orang sanggup melakukan apa sahaja untuk 'mendapat' apa yang dihajati. Kemudian pepatah 'habis madu sepah dibuang' digunakan. Mungkin....

Sebenarnya Cinta kepada Allah adalah lebih tinggi dari segala-galanya. Kemudian dia diikuti dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W. agama, ibubapa, dan keluarga. Cinta kepada kekasih adalah sementara sahaja. Tidak perlu menggadaikan apa yang dipanggil maruah dan mengorbankan harta benda kerana kelak apabila cinta tak kesampaian maka, kita juga yang akan menyesal. Hidup mesti diteruskan walaupon kita tidak mempunyai kekasih. Hari ini kita tiada kekasih, bukan selama-lamanya tiada dan hari ini ada kekasih bukan selama-lamanya ada kekasih. Ingatlah yang kekal hanya ALLAH S.W.T. dan kita sebagai hamba Nya perlu akur dan terima segala ketentuan Nya. Mungkin ada hikmah disebalik segala-galanya.......